Friday, June 12, 2015

Vivian intai ranking terbaik

Hadir sebagai penyandang pingat emas memang tekanan buat pemain badminton beregu wanita negara, Vivian Hoo namun perkara itu harus dilupakan sebentar.

Anak kelahiran Kuala Lumpur itu sekarang ini hanya menumpukan kepada saingan berpasukan wanita dan langsung tidak memikirkan aksi beregu wanita yang bakal membuka gelanggang esok.

“Saya rasa kami akan lupakan seketika acara beregu wanita dan juga emas dimenangi di Myanmar dua tahun lalu,” kata pemain berusia 25 tahun itu ketika ditemui di Stadium Tertutup Singapura semalam.

Jelasnya, memang kejayaan dua tahun lalu amat bermakna tapi perkara itu sudah berlalu dan apa yang perlu dilakukan ialah fokus terhadap perlawanan dari pusingan awal.

“Sebenarnya dalam beberapa kejohanan lain sebelum ini aksi kami kurang memuaskan dan berharap sentuhan itu kembali semula terutama di sini,” katanya yang bergandingan dengan Woon Khe Wei.

Setakat semalam Vivian-Khe Wei masih mencatat rekod 100 peratus kemenangan apabila mengalahkan pasangan daripada Vietnam, Vu Thi Trang-Nguyen Thi Sen 21-14, 21-14 di aksi suku akhir kelmarin dan semalam menang separuh akhir mengalahkan wakil Indonesia, Anggia Shitta Awanda-Ni Ketut Mahadewi 21-18, 19-21, 21-6.

Vivian-Khe Wei dianggap sebagai pakar temasya selepas menang emas di Myanmar, selain tahun lalu mereka turut mencatat pencapaian sama di Sukan Komanwel Glasgow.

Mereka juga menamatkan kemarau 44 tahun pingat selepas meraih gangsa di Sukan Asia 2014 Incheon.

Bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) itu juga sekarang ini cuba mencari kedudukan terbaik dalam kedudukan ranking dunia bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016 Rio.

Sumber: Harian Metro

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57222#sthash.VDHpait1.dpuf

No comments:

Post a Comment