Program larian di Myanmar hari ini menandakan acara julung kali anjuran Sekretariat Jawatankuasa Penganjur Malaysia (MASOC) KL 2017 itu kini menghampiri separuh perjalanan ke negara Asia Tenggara.

Selepas tiga peringkat terdahulu iaitu di Bandar Seri Begawan, Manila dan Vientiane dengan lebih 20,000 penyertaan, program larian itu kini umpama ‘pertan­dingan’ dengan kesemua negara terlibat berlumba mempamerkan keunikan masing-masing.