Saturday, June 13, 2015

Thailand Unggul Atasi Singapura

SINGAPURA, 13 Jun (Bernama) -- Kontinjen Thailand terus memberi saingan kepada pasukan tuan rumah dari segi kedudukan pingat keseluruhan pada Sukan SEA ke-28 Singapura hari ini.

Setakat 6.30 petang ini, Thailand telah mengatasi Singapura dengan mengumpul 75 pingat emas, 73 perak dan 59 gangsa.

Thailand menambah lima pingat emas melalui acara memanah, petanque, sepak takraw dan dua emas dalam acara tenis.

Kontinjen tuan rumah pula mengumpul 74 pingat emas, 64 perak dan 94 gangsa, manakala Vietnam di tangga ketiga dengan 64 emas, 42 perak dan 54 gangsa.

Sementara itu, Malaysia kekal di kedudukan keempat dengan 44 pingat emas, 43 perak dan 58 gangsa.

Sumber: BERNAMA

No comments:

Post a Comment