Sunday, June 14, 2015

Skuasy sapu dua lagi pingat emas

Muhammad ADDEEN IDRAKIE BAHTIAR (depan kiri) merakamkan gambar
MUHAMMAD ADDEEN IDRAKIE BAHTIAR (depan kiri) merakamkan gambar bersama rakan sepasukan lelaki dan wanita selepasmembantu Malaysia muncul juara berganda di Pusat Skuasy Kallang, semalam.

SINGAPURA – Skuasy memenuhi pengharapan Malaysia dengan menggondol dua lagi emas dalam Sukan SEA 2015 menerusi berpasukan wanita dan lelaki, semalam.

Kemenangan itu memboleh­kan Malaysia menyapu semua empat emas yang ditawarkan di Singapura setakat ini.

Malah, skuasy meneruskan rekod tidak pernah terlepas menghadiahkan emas dalam semua acara yang disertai kontinjen Malaysia sejak Sukan SEA 1997.

Pasukan lelaki negara muncul juara selepas menewaskan Singapura 2-0, manakala skuad wanita menang 2-0 ke atas Indonesia.

Muhd. Addeen Idrakie Bahtiar meletakkan pasukan lelaki di depan dengan menumpaskan Samuel King 10-12, 11-8, 11-6, 11-9, sebelum Sanjay Singh Chal mengesahkan emas dengan menewaskan Vivian Rhamanan, 11-4, 11-2, 11-2.

“Saya amat gembira dengan kemenangan ini kerana ini adalah pingat emas peribadi kedua saya selepas memenangi acara individu, Rabu lepas.

“Dalam perlawanan tadi saya agak tertekan kerana ber­aksi di hadapan penyokong lawan yang terlalu ramai, namun saya dapat hadapi dengan baik.

“Walaupun perlawanan tersebut nampak mudah tetapi ia sebenarnya terlalu memenatkan kerana perlu banyak bergerak,” kata Sanjay.

Sementara itu, pasukan wa­nita yang dibarisi Vanessa Raj Gnanasigamani, Rachel Arnold dan Teh Min Jie terlalu mudah untuk menewaskan lawan ma­sing-masing.

Vanessa menang 11-7, 11-8, 11-3 ke atas Rohmah Yeni, manakala Rachel Arnold melengkapkan kemenangan berpasukan wanita dengan keputusan 11-8, 11-8, 11-4 menewaskan Yuliana Catur.

Kata Venessa, kemenangan tersebut amat bermakna buatnya kerana itu adalah pingat emas pertamanya dalam penyertaan sulung di Sukan SEA.

“Kejayaan ini juga adalah pe­ngubat kekecewaan selepas gagal meraih emas dalam aksi individu (tewas kepada Rachel).

“Kemenangan kami hari ini adalah hasil keserasian dalam kalangan semua pemain wanita. Kami umpama adik ber­adik.

“Pemain Indonesia bermain bagus dan kami dipaksa bekerja keras,” kata Venessa.

Saingan skuasy diteruskan dengan acara beregu jumbo hari ini, namun Malaysia tidak mengambil bahagian.

Sumber: UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment