Saturday, June 13, 2015

Skuasy hampiri harapan sapu bersih pingat emas

SINGAPURA – Skuad skuasy negara semakin hampir untuk menyapu bersih kesemua pingat emas yang ditawarkan dalam Sukan SEA 2015 apabila pa­sukan lelaki dan wanita berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir di Pusat Skuasy Kallang semalam.

Dalam aksi penentuan emas hari ini, pasukan lelaki negara akan berdepan tuan rumah Singapura manakala pasukan wanita dijadualkan bertemu dengan Indonesia.

Pasukan wanita terlebih dahulu membuka langkah di gelanggang semalam apabila menentang Singapura dan mereka tiada masalah untuk meraih kemenangan 2-0.

Diketuai pemenang pingat emas acara individu Rachel Arnold, dia hanya diberikan sedikit tentangan oleh Mao Shi Yuan sebelum meraih kemenangan 11-7, 11-5 dan 11-7.

Vanessa Raj mengesahkan kemenangan Malaysia selepas mengetepikan Joannah Yue, sekali lagi dengan kejayaan straight set 11-4, 11-9 dan 11-8.

Selepas itu, pasukan lelaki meneruskan penguasaan mutlak apabila menang 2-0 semasa bertemu Indonesia dalam satu lagi separuh akhir.

Valentino Bong yang diturun­kan selaku pemain pertama berjaya menjalankan tanggungjawab dengan baik apabila mengalahkan Sandi Perdana, 11-9,11-4 dan 11-8.

Turun selaku pemain harapan negara Sanjay Singh mudah menewaskan Sejauma Siswa melalui keputusan 11-2,11-3,11-3. 

Sumber – UTUSAN

No comments:

Post a Comment