Saturday, June 13, 2015

Skuad wanita kita terpaksa menunggu lagi

Pasukan wanita negara meraikan kejayaan meraih pingat perak dalam
Pasukan wanita negara meraikan kejayaan meraih pingat perak dalam acara badminton berpasukan Sukan SEA 2015 di Stadium Tertutup Singapura semalam setelah kalah 3-0 kepada Thailand dalam perlawanan akhir. UTUSAN

SINGAPURA – Penantian Malaysia selama enam tahun untuk meraih pingat emas badminton berpasukan wanita Sukan SEA berterusan untuk sekurang-kuranganya dua tahun lagi apabila skuad negara tumpas 3-0 kepada Thailand dalam perlawanan akhir di Stadium Tertutup Nasional Singapura semalam.

Kali terakhir skuad wanita menang emas ialah pada 2009 di Laos.

Jurulatih skuad wanita negara Chin Eei Hui berkata, biarpun tewas kepada Thailand namun dia tetap gembira kerana anak-anak didiknya berjaya ke perlawanan akhir.

“Semua pemain telah memberikan persembahan terbaik pada hari ini (semalam) dan ini juga adalah medan untuk atlet kita mendapatkan pengalaman.

“Sepanjang kempen acara berpasukan ini saya amat berpuashati dengan prestasi pemain perseorangan kita dan dalam Sukan SEA 2017 nanti kami harap dapat menghadiahkan pingat emas,” katanya selepas tamat saingan acara tersebut.

Malaysia memulakan aksi dengan menurunkan Lim Yin Fun selaku perseorangan pertama dan dia tewas mudah kepada Ratchanok Intanon 13-21, 14-21.

Dua perlawanan selepas itu turut menyaksikan pemain-pemain negara tewas straight set menerusi beregu pertama dan perseorangan kedua.

Amelia Alicia Anscelly dan Soong Fie Cho tewas 20-22, 18-21 kepada pasangan Puttita Supajirakul-Sapsiree Taerattanachai manakala Ho Yen Mei jelas beraksi dengan perasaan tertekan tewas mudah kepada Busanan Ongbumrungpan 8-21, 15-21 untuk menghadiahkan mata kemenangan kepada Thailand. 

Sumber – UTUSAN

No comments:

Post a Comment