Sunday, June 14, 2015

Skuad pelayaran raih emas


NORASHIKIN (kiri) dan Nuraisyah meraikan kejayaan selepas berjaya meraih pingat emas dalam acara Double 470 wanita semalam.

SINGAPURA – Pantang menyerah sebelum kalah.

Ungkapan tersebut sesuai buat pelayar muda negara, Muhammad Fauzi Kaman Shah yang meraih pingat emas dalam acara Optimist lelaki individu bawah 16 tahun (B-16) di Pusat Pelayaran Singapura semalam.

Biarpun Fauzi ketinggalan agak jauh di belakang, namun pelayar berusia 13 tahun itu tidak berasa bimbang dengan situasi tersebut memandangkan dia mempunyai strategi tersendiri.

“Pelayar lain berjaya berada di hadapan selepas saya membuka ruang kepada mereka, namun saya tak risau kerana saya boleh membaca pergerakan arah angin.

“Apabila kapal dapat bergerak pantas, saya berjaya memintas mereka pada saat-saat akhir untuk memenangi pingat emas dan ia adalah yang kedua buat saya pada Sukan SEA kali ini,” katanya.

Sewaktu perlumbaan tersebut, Fauzi terpaksa bersaing sengit sebelum menewaskan pemenang pingat perak dari Thailand, Suthon Yampinid dan pelayar tuan rumah Singapura, Daniel Ian Toh.

Selain Fauzi, emas skuad pelayaran negara hari ini turut berjaya disumbangkan oleh Norashikin Mohamad Syed dan Nuraisyah Jamil dalam acara wanita Double 470 selepas menewaskan pasangan Thailand (perak) dan Singapura (gangsa).

Sementara itu, Nor Nabila Natasha Mohd. Nazri yang tewas kepada Jodie Xuan Yi Lai dari Singapura dan pelayar Thailand, Kamonchanok Klahan, menyumbangkan pingat gangsa dalam acara perseorangan wanita Optimist B-16.

Sumber: KOSMO

No comments:

Post a Comment