Sunday, June 14, 2015

Singapura main kotor?

Atlet silat negara Arieffuddin Ridzuan (kiri) dibatalkan penyertaannya
ATLET silat negara Arieffuddin Ridzuan (kiri) dibatalkan penyertaannya kerana menendang pada aras yang tidak dibenarkan.

SINGAPURA - Seolah-olah terdesak mahu memastikan Singapura mempunyai
sekurang-kurangnya satu wakil dalam final acara tanding, salah seorang pesilat negara, Mohd. Fauzi Khalid menjadi mangsa pengadilan berat sebelah pada peringkat separuh akhir kelas F putra bawah 75 kilogram.

Tanpa disangka, pesilat Singapura, Muhammad Nur Alfian Juma’en berjaya mendapat kemenangan 5-0 walaupun jelas dilihat Nur Alfian menggunakan taktik kotor dengan menarik baju pesilat negara.

Keadaan itu mengundang rasa tidak puas hati sebahagian besar penonton di Dewan Expo Singapura, terutama dari Malaysia yang mencemuh kemenangan diberikan kepada Nur Alfian.

Sementara itu, saingan Muhammad Arieffudin Ridzuan dalam kategori bawah 50kg pula dibatalkan kerana isu teknikal.

Namun, jaguh dunia, Al Jufferi Jamari (putra D bawah 70 kg), Muhammad Fahmi Romli (putra D bawah 60kg), Muhammad Robial Sobri (putra H bawah 80kg) dan Muhammad Faizul M Nasir (putra bawah 55kg) berjaya meneruskan cabaran.

Sumber: UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment