Thursday, June 11, 2015

Selangkah lagi hoki raih emas

Skuad hoki lelaki negara selangkah lagi untuk mempertahankan pingat emas dan perlu memikirkan percaturan terbaik untuk menumpaskan Singapura dalam perlawanan akhir di Stadium Sengkang Sabtu ini.

Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang dijalankan secara round robin, Malaysia tidak berdepan masalah mengalahkan Myanmar 2-0 manakala tuan rumah menewaskan Thailand 4-0.

Sebelum ini Malaysia pernah mengalahkan Singapura 4-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan Isnin lalu.

Pengurus pasukan Mirnawan Nawawi berkata, anak buahnya masih kekal dengan rekod tanpa kalah sebelum mara final dan mengakui semangat skuad negara tetap membara.

“Kami akan cuba memperbaiki kelemahan ketika bertemu Singapura bagi mendapatkan pingat emas diidamkan.

“Dalam perlawanan hari ini (semalam), kami dapat lihat Myanmar bermain dengan corak pertahanan sehingga menyukarkan pemain kita mara ke kawasan D mereka,” kata bekas pemain kebangsaan itu.

Sumber: Harian Metro

No comments:

Post a Comment