Thursday, June 11, 2015

Gandingan mantap

Malaysia menyapu bersih dua emas dipertandingkan dalam acara snuker apabila gandingan Thor Chuan Leong dan Moh Keen Hoo memenangi kategori double di Dewan 4, OCBC Arena petang semalam.

Dua hari lalu, Chuan Leong dinobatkan raja snuker Asean selepas memenangi emas perseorangan dan kejayaannya semalam melengkapkan penguasaan Malaysia dalam acara itu.

Semalam, Chuan Leong dan Keen Hoo menundukkan pasangan Thailand Lertsattayathorn Krittsanut serta Yotharuck Ratchayothin 3-1.

Chuan Leong dan Keen Hoo pernah memenangi gangsa acara double di Myanmar dua tahun lalu dan kejayaan kali ini sesuatu yang manis.

“Ini kali kedua kami berganding dan keserasian kami sudah terserlah sejak peringkat awal lagi.

“Ketika pertemuan di final, lawan cuba memberi tekanan kepada kami dengan memenangi perlawanan pertama.

“Mujur kami bangkit selepas mendapat rentak sekali gus membuatkan mereka tertekan dan melakukan kesilapan.

“Kami gunakan pengalaman yang ada untuk memecahkan keyakinan lawan dan taktik kami itu berjaya,” kata Keen Hoo yang terkandas di suku akhir kategori individu.

Sumber: Harian Metro

No comments:

Post a Comment