Wednesday, June 10, 2015

Sekadar pecah rekod sendiri

Kuartet 4x100 gaya bebas lelaki sekadar mengulangi pencapaian meraih perak di Sukan SEA 2013 Myanmar, namun mereka berjaya memperbaharui rekod kebangsaan dengan catatan masa tiga minit 25.55 saat semalam.

Daniel Bego, Lim Ching Hwang, Welson Sim dan Alwyn Tan berjaya memecahkan rekod lama 3:26.98s, di mana ketika itu Vernon Lee masih lagi berada dalam kuartet berkenaan.

Emas menjadi milik Singapura yang berjaya mencatat rekod baru temasya 3:19.59s dan rekod lama berkenaan turut dilakukan di Myanmar 3:21.74s dan gangsa diraih Indonesia, 3:25.92s.

Menurut Daniel Bego, dia dan rakan sepasukan sudah berusaha sebaik mungkin, namun mengakui bahawa Singapura berada dalam kelas tersendiri.


“Kami sudah melakukan yang terbaik, tetapi saya rasa mampu mencatat masa lebih pantas. Matlamat kami pada masa akan datang ialah menumpaskan Singapura,” katanya.

Sementara itu, Alwyn mengakui gembira berada dalam kuarter berkenaan menggantikan Vernon dan ini adalah penampilan pertamanya di Sukan SEA.

“Saya menggantikan Vernon dan meletakkan sasaran peribadi untuk membantu pasukan meraih pingat. Ia adalah pengalaman berguna buat saya,” katanya.

Sumber: Harian Metro

No comments:

Post a Comment