Sunday, June 14, 2015

Rou You pukul 500 biji bola

Lee ROU  YOU memukul 500 biji bola dalam setiap sesi latihan sebasgai
LEE ROU YOU memukul 500 biji bola dalam setiap sesi latihan sebasgai sebahagian daripada persiapannya untuk menghadapi kejohanan besar, termasuk Sukan SEA 2015.

SINGAPURA - Atlet ping pong wanita negara, Lee Rou You mendedahkan, dia perlu memukul lebih 500 biji bola dalam setiap sesi latihan bagi memastikannya kekal cergas sebelum beraksi dalam Sukan SEA 2015.

Rou You, 20, yang menghadiahkan pingat pertama Sukan SEA 2015 menerusi acara beregu wanita berkata, ping pong memerlukan tahap kepantasan yang tinggi, jadi memukul bola dalam kuantiti yang banyak adalah perkara biasa buatnya.

Tambah Rou You yang berasal dari Klang, Selangor, ketika kali pertama menyertai ping pong dia mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri.

Ini kerana dia sebelum ini memikirkan sukan tersebut adalah mudah untuk dikuasai tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Main ping pong memang nampak mudah tetapi sebenarnya anda perlu menguasai tahap kepantasan yang tinggi selain fokus dengan setiap pukulan dilakukan.

“Bagi saya dalam permainan ping pong bukan hanya ta­ngan perlu pantas tetapi posisi kaki juga perlu seimbang untuk bergerak pantas,” kata Rou You.

Rou You yang membuat penampilan sulung dalam Sukan SEA menghadiahkan gangsa beregu wanita bersama pasangannya, Ho Ying.

Dia gagal melepasi suku akhir beregu campuran bersama Muhd. Shakirin Ibrahim.

Ping pong menamatkan kempen Sukan SEA 2015 de­ngan menyumbangkan satu pingat perak dan tiga gangsa.

Dalam temasya di Myanmar, dua tahun lalu mereka pulang bersama tiga gangsa.

Sumber: UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment