Monday, June 15, 2015

Muhyiddin turut tegur 
prestasi skuad bawah 23

SINGAPURA – Kegagalan skuad negara melepasi peringkat kumpulan dalam kempen Sukan SEA buat kali pertama sejak 2007 turut mengecewakan dan mendapat teguran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu melihat peningkatan dalam sukan tersebut terutama ketika Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017.

Katanya, bola sepak negara perlu memperbaiki prestasi lebih daripada biasa.

“Segala kemudahan sukan kita sudah sediakan dan tidak ada sebab untuk kita jauh terkebelakang. Bola sepak juga harus diperbaiki, lebih daripada biasa,” katanya.

Teguran ringkas Muhyiddin itu wajar diambil serius, terutama oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Dalam kempen Sukan SEA 2015, skuad bawah 23 negara yang dibimbing oleh Datuk Ong Kim Swee gagal mempamerkan aksi memberangsangkan, termasuk dibelasah 1-5 oleh Vietnam.

Malah, kempen skuad itu di sini turut dicemari dengan insiden memalukan melibatkan pemain Nazmi Faiz Mansor yang digantung enam perlawanan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang mendapatinya bersalah kerana meludah pemain lawan. 

Sumber – UTUSAN

No comments:

Post a Comment