Saturday, June 13, 2015

Kim Wen teruja kutip perak

“Ini penyertaan pertama dan saya tidak mahu memberi tekanan pada diri sendiri.

“Sasaran peribadi saya dalam acara ini hanyalah gangsa dan hari ini, saya gembira kerana berjaya memenangi perak,” kata atlet taekwondo Yap Kim Wen.

Dia yang berpasangan dengan Kok Jun En dalam acara poomsae campuran, mengumpul 7.785 mata dan layak untuk menduduki tempat kedua.

Pasangan Vietnam muncul juara dengan 7.885 mata manakala Singapura gangsa 7.720 mata.

“Saya dan Jun En hanya berazam untuk memberikan yang terbaik kerana kami sedar bahawa gandingan Vietnam itu pernah bertanding di peringkat dunia sedangkan saya baru kali pertama ke Sukan SEA.

“Pingat yang dimenangi ini akan membakar semangat saya untuk terus berusaha menjadi yang terbaik selepas ini nanti,” katanya.

Sementara itu,Muhammad Danial Mohd Azri, 19 pungut pingat perak dalam acara bawah 54 kilogram manakala dalam acara poomsae individu lelaki, Yong Jin Kun sekadar memenangi gangsa.


Sumber: Harian Metro

No comments:

Post a Comment