Monday, June 15, 2015

Hariff menang emas kedua

Mohd. Harrif Salleh (kiri) dan Anuar Manan bergaya bersama pingat
Mohd. Harrif Salleh (kiri) dan Anuar Manan bergaya bersama pingat emas dan gangsa masing-masing yang dimenangi dalam acara berbasikal lebuh raya Sukan SEA 2015 di Singapura semalam. UTUSAN

SINGAPURA – Kerjasama berpasukan menjadi kunci kejayaan Mohd. Harrif Saleh yang mengutip pingat emas keduanya dalam Sukan SEA 2015 apabila memenangi acara le­buh raya semalam.

Mohd. Harrif menamatkan perlumbaan sejauh 144 kilometer itu dalam masa tiga jam 19 minit 33 saat manakala seorang lagi pelumba negara Anuar Manan meraih pingat gangsa. Pingat perak dimenangi oleh atlet Vietnam, Le Van Duan.

Pelumba berusia 27 tahun itu sebelum ini mengungguli acara kriterium lelaki Jumaat lepas.

Berterima kasih kepada rakan-rakan sepasukannya, Mohd. Hariff berkata strategi pasukan dan pertolongan mereka membolehkan dia memenangi perlumbaan sebanyak 12 pusingan di Marina Bay South itu.

“Susah nak kawal perlumbaan dalam 60km awal kerana pelumba-pelumba negara lain masing-masing nak keluar daripada kelompok saya dan Anuar (Manan).

“Namun dalam empat pusingan terakhir, mereka sudah penat dan susah untuk melakukan pemecahan.

“Rakan sepasukan banyak membantu dan memberikan sokongan kepada saya kerana tanpa mereka saya tak akan menang hari ini (semalam),” katanya selepas tamat perlumbaan.

Malaysia menutup tirai acara berbasikal lebuh raya dengan me­raih dua pingat emas dan tiga pingat gangsa secara keseluruhan.

Sumber – UTUSAN

No comments:

Post a Comment