Thursday, April 9, 2015

KOM belum hantar senarai akhir atlet ke Sukan SEA 2015

KUALA LUMPUR: Hanya sukan olahraga yang belum menghantar senarai akhir atlet yang akan menyertai Sukan SEA di Singapura, Jun ini.

Ketua kontinjen negara, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) masih melakukan proses penilaian ke atas atlet kategori B yang layak untuk beraksi pada temasya tersebut.

"Sebanyak 99 peratus sudah mengesahkan senarai atlet masing-masing kecuali olahraga, iaitu atlet kategori B masih lagi dinilai.

"Kita sudah minta MOM (Majlis Olimpik Malaysia) mempercepatkan proses itu supaya kita tahu keseluruhan senarai akhir atlet tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum perjanjian antara Institut Sukan Negara (ISN) dengan Permanis Sandilands Sdn Bhd dan Curtin University, Sarawak.

Sejumlah 876 peserta membabitkan 653 atlet dan 223 pegawai, bakal menyertai kontinjen negara ke Sukan SEA 2015 yang akan berlangsung dari 6 hingga 16 Jun ini.



- BERNAMA

No comments:

Post a Comment