Tuesday, December 24, 2013

Skuad Futsal Wanita Negara Sekadar Raih Pingat Gangsa


NAYPYITAW, 18 Dis (Bernama) -- Hasrat skuad futsal wanita negara untuk sekurang-kurangnya meraih pingat perak tidak kesampaian selepas seri 3-3 dengan Vietnam pada perlawanan terakhir peringkat sepusingan pada Sukan SEA ke-27 di Stadium Tertutup Futsal Wunna Theikdi, di sini,Rabu.

Keputusan seri itu membolehkan Malaysia merangkul gangsa.

Juara bertahan Thailand dan Vietnam bakal membuat perhitungan pada aksi final, Jumaat ini, bagi penentuan pingat emas.

Sementara itu, jurulatih Mohd Zabri Aidil Mohd Kamil berkata beliau berpuas hati dengan pencapaian pingat gangsa.

"Kita sepatutnya mampu melangkah ke final namun nasib nyata tidak menyebelahi kita pada kali ini," katanya.


Daripada Mazani Chan Yat Sin -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment