Monday, December 16, 2013

Skuad Berbasikal Tamat Kemarau Pingat



NAYPYITAW, 16 Dis (Bernama) -- Malaysia mengakhiri kemarau pingat acara berbasikal Sukan SEA ke-27 apabila meraih gangsa acara 100km ujian masa berpasukan lelaki di Ngan Phai Lin, di sini Isnin.

Pencapaian itu hadir selepas lima hari acara berbasikal berlangsung yang menyaksikan pelumba negara menampilkan aksi mengecewakan dalam beberapa acara sebelum ini.

Skuad negara terdiri daripada Mohd Fauzan Ahmad Lufti, Mohd Rauf Nur Misbah, Amir Mustafa Rusli dan Muhd Adiq Husainie Othman menamatkan perlumbaan dengan catatan 2 jam 41 minit 41.285 saat.

Pingat emas milik pelumba Vietnam yang mencatat masa 2:36:19.717s manakala Thailand yang melintasi garisan penamat dengan 2:38:51.445s untuk meraih pingat perak.

Acara berbasikal akan diteruskan dengan 128km lebuh raya wanita lepas beramai-ramai esok, sebelum menutup tirai menerusi acara 163km lelaki lepas beramai-ramai, Rabu ini.

Daripada Elmi Rizal Elias -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment