Saturday, December 7, 2013

Corat-Coret Sukan SEA Ke-27 Myanmar

NAYPYITAW, 6 Dis (Bernama) -- Corat-coret temasya Sukan SEA ke-27 di Myanmar pada Jumaat.

TABIAT MELUDAH CACAT PEMANDANGAN VENUE SUKAN SEA

Budaya makan sireh masyarakat Myanmar mengundang tabiat kurang baik apabila mereka meludah tanpa mengira tempat dan waktu selepas mengunyah daun itu.

Tabiat meludah merata-rata tempat itu menyebabkan lantai di sekitar venue temasya Sukan SEA ke-27 itu bertompok merah di sana sini hingga mencacatkan pemandangan.

Walaupun terdapat papan tanda melarang meludah, mereka tidak menghiraukannya.

BUDAYA BERKAKI AYAM

Jangan terkejut apabila anda melihat lelaki memakai kain dan berkaki ayam kerana perkara itu menjadi budaya masyarakat Myanmar.

ereka tidak memakai kasut bukan kerana faktor kemiskinan sebaliknya suatu budaya lama yang masih kekal dalam kehidupan segelintir rakyat negara itu yang terkenal dengan bangunan Pagodanya.

WIFI PERCUMA DI SETIAP VENUE SUKAN

Kemudahan Wifi percuma yang disediakan penganjur Sukan SEA ke-27 memudahkan pengamal media membuat liputan sepanjang berlangsung temasya dwitahunan itu.

KAD SIM SEMPENA SUKAN SEA KE-27

Sebuah syarikat telekomunikasi Myanmar, Myanmar Post and Telecommunications (MPT) memperkenalkan kad SIM telefon mempunyai logo rasmi Sukan SEA ke-27.

Kad SIM itu boleh diguna pakai selama sebulan dan pengguna boleh membuat panggilan dial terus antarabangsa (IDD) pada kadar harga yang berpatutan.

Pihak MPT membuka beberapa gerai jualan di Kompleks Sukan Wunna Theikdi, Stadium Zeyarthiri, Perkampungan Atlet dan beberapa venue sukan sekitar Nyapyitaw bagi memudahkan orang ramai dan juga petugas media yang membuat liputan.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment