PUTRAJAYA - Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Indonesia 2011, Datuk Naim Mohamad tetap yakin tuan rumah mampu mengelolakan temasya dwitahunan itu dengan cemerlang walaupun timbul masalah tentang penginapan atlet dan pegawai.
Menurut beliau, Indonesia sudah pasti akan memastikan negara yang menyertai temasya ini berada dalam keadaan selesa dan tidak berdepan dengan sebarang masalah yang boleh menyulitkan aksi atlet dalam setiap acara yang disertai.
"Dalam masa yang sama kita juga akan mendapat bantuan daripada kedutaan Malaysia di Indonesia yang juga akan menubuhkan sekretariat khas bersempena temasya ini," katanya pada sidang akhbar selepas Perasmian Perhimpunan Atlet Sukan SEA Indonesia 2011 di IOI Resort, Hotel Palm Garden di sini, semalam.
Jelasnya, seramai 80 urus setia dilantik untuk menguruskan perjalanan atlet dan pegawai Malaysia yang berjumlah keseluruhan seramai 891 orang, sambil mengharapkan mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik.
"Kita sedar jumlah urus setia tersebut agak kurang tetapi dalam masa yang sama kita mengharapkan mereka mampu bekerja dengan lebih efisien sambil mengharapkan semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing," katanya.
Naim berkata, setiap penganjuran tetap mempunyai masalah tersendiri dan ia terpulang kepada negara yang menjadi tuan rumah untuk menanganinya sebaik mungkin.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berucap pada pada majlis tersebut memberitahu, sebanyak 18 buah hotel di Jakarta akan menempatkan atlet negara.
Sementara itu, di Palembang terdapat lapan hingga sembilan buah hotel bakal digunakan oleh separuh atlet negara yang akan mengambil bahagian di bandar tersebut manakala separuh lagi akan menginap di perkampungan sukan.
Menurut timbalan ketua kontinjen, Datuk Syed Mustafa Syed Ali, atlet negara yang akan menginap di perkampungan sukan di Palembang adalah daripada sukan yang berdekatan gelanggang pertandingan.
UTUSAN MALAYSIA

No comments:
Post a Comment