|
KONTINJEN Malaysia meletakkan sasaran sebanyak 40 hingga 45 pingat emas pada edisi ke-26 temasya Sukan SEA 2011.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya perlu membuat sasaran yang realistik berdasarkan prestasi semasa atlet negara.
“Selain itu, kekuatan atlet dari negara lain dan jumlah pingat yang dipertandingkan dalam acara sukan di mana Malaysia mempunyai kelebihan juga perlu diambil kira.
“Sasaran kita kekal seperti mana yang diletakkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) iaitu sebanyak 40 hingga 45 pingat emas.
“Meskipun banyak acara yang dipertandingkan, seperti dalam edisi sebelum ini, kelebihan berpi- hak kepada tuan rumah dan mereka akan memperkenalkan banyak sukan yang dianggap memihak kepada mereka.
“Terdapat banyak acara sukan yang secara tradisinya kita adalah pasukan yang kuat seperti hoki, skuasy dan boling padang tidak dipertandingkan.
“Ada juga sukan yang kita mempunyai kekuatan sendiri tetapi kita simpan tenaga dan kekuatan untuk kejohanan yang lebih besar seperti sukan Olimpik seperti badminton yang mana kita hanya menurunkan skuad pelapis,” kata Ahmad Shabery dalam satu sidang media selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang di Hotel Palm Garden, IOI Resort Putrajaya semalam.
Turut hadir Ketua Kontinjen, Datuk Naim Mohamad; Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embung; Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz dan Ketua Setiau- saha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed.
Pada edisi kali ini, Malaysia menghantar sebanyak 872 anggota kontinjen yang terdiri dari- pada 608 atlet, masing-masing 373 lelaki dan 235 wanita.
Ahmad Shabery turut menjelas- kan, faktor kecederaan yang menimpa atlet utama negara seperti Daniel Beego dan Lee Hup Wei turut mengurangkan sasaran pingat emas kali ini.
Tambahnya, pihaknya juga tidak mahu mengorbankan sesetengah atlet utama negara untuk bertanding dalam acara yang bersifat subjektif yang selalunya memberi kelebihan kepada tuan rumah.
“Lebih baik kita simpan untuk menjaga nama seperti atlet wusyu, Chai Fong Ying yang memenangi pingat emas pada Sukan Asia tahun lalu supaya dia tidak menjadi korban kepada sistem itu sendiri,” katanya.
Shabery turut menyuarakan harapannya supaya pasukan bola sepak mampu mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos dua tahun lalu kerana sukan itu semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Antara acara sukan menjadi sandaran pingat emas adalah terjun dengan enam pingat emas, re- nang (4), renang berirama (3), ba- sikal trek (5), memanah (4), olahraga (4), menembak (3) dan tenpin boling (3).
Oleh IKHWAN IDERIS
ikhwan.ideris@kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment