KUALA LUMPUR - Angka enam pingat emas yang disasarkan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) pada Sukan SEA XXVI Indonesia mungkin lebih daripada apa yang dijangkakan.
Ketua kontinjen olahraga, Rajemah Sheikh Ahmad berkata, ramalan tersebut berdasarkan keyakinan terhadap 33 atletnya yang kini berada dalam prestasi terbaik menjelang hari pertandingan.
Katanya, selain atlet dalam kategori A mereka yang berada dalam kategori B juga turut diyakini mampu melakukan kejutan untuk menghadiahkan emas.
"Saya lihat statistik untuk enam emas itu amat realistik mungkin kita mampu menambah satu dua emas lagi di sana.
"Atlet kategori B juga ada satu dua atlet yang boleh menang dan kita harap mereka dapat melakukan yang terbaik kerana prestasi mereka semua berada dalam keadaan yang baik," katanya kepada pemberita selepas taklimat akhir skuad olahraga ke Sukan SEA 2011 di sini, semalam.
Prospek enam emas diletakkan pada bahu ratu lompat bergalah Roslinda Samsu, Noraseela Mohd. Khalid (400m lompat berpagar), Tan Song Hwa (tukul besi wanita), Lee Hup Wei (lompat tinggi lelaki), Teoh Boon Lim-Lo Choon Sieng (jalan kaki lelaki) serta Yuan Yufang (jalan kaki wanita).
Selain itu, atlet lain yang diramal berupaya menghadiahkan emas buat negara ialah seperti pelari 110 meter berpagar, Mohd. Robani Hassan yang ketika ini berada di tahap terbaik selepas pulih daripada kecederaan dan atlet pecut 100m wanita, Norjannah Hafiszah Jamaluddin.
Sementara pelari pecut 100 meter lelaki seperti Mohd. Noor Imran A. Hadi yang berada dalam ranking No. 1 negara dijangka mampu melakukan kejutan pada temasya dwi tahunan itu.
Sementara itu, Rajemah berharap semua atletnya dapat menyesuaikan diri dengan kemudahan yang ada di Palembang.
"Saya dimaklumkan oleh penganjur bahawa enam orang atlet kita akan berkongsi dalam setiap satu rumah yang diberikan dan kita tak tahu sama ada rumah itu besar atau kecil.
"Dari segi venue pertandingan pula saya lihat bahawa trek latihan di Majlis Sukan Negara lebih besar daripada tempat pertandingan mereka nanti. Apa pun saya harap atlet kita tidak memikirkan semua itu dan fokus dalam acara mereka," kata Rajemah.
UTUSAN

No comments:
Post a Comment