PENEMBAK senior negara, Nur Sur- yani Mohamed Taibi mengakui berasa gementar apabila diberi penghormatan sebagai membawa Jalur Gemilang ketika upacara perasmian temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia hari ini.
Ini kerana, kontinjen negara kali ini terdiri daripada 872 atlet dan pegawai yang merupakan penyertaan terbesar kontinjen negara ke temasya sukan Asia Tenggara itu.
“Saya telah mewakili negara dalam banyak temasya sukan sebelum ini dan penghormatan kali ini yang diberikan kepada saya amat besar.
“Saya sebenarnya terkejut dengan pengumuman tadi (semalam) apabila dipilih sebagai pembawa bendera Malaysia. Ini kali pertama saya diberi pe- luang seumpamanya.
“Tanggungjawab juga menjadi besar khususnya untuk menjulang nama negara,” katanya.
Nur Suryani berkata demikian sele- pas majlis penyerahan Jalur Gemilang yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Sha- bery Cheek kepada Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Naim Mohamad di Putrajaya semalam.
Nur Suryani, 29, pemenang pingat emas bagi acara 10m Air Rifle berpasangan wanita pada Sukan Komanwel 2010 di India bersama Nur Ayuni Farhana Abdul Halim, akan bergandi- ngan dengan Shahera Rahim Raja.
Bagi acara 50m tiga posisi, dia akan bersama Nur Ayuni Farhana di Kompleks Jakabaring, Palembang.
KOSMO

No comments:
Post a Comment