PUTRAJAYA - Pemanah recurve lelaki negara yang semakin meningkat naik, Khairul Anuar Mohamed tidak menganggap penukaran format yang dilakukan oleh pihak penganjur Sukan SEA Indonesia 2011 akan mengganggu tumpuannya membantu pasukan recurve lelaki negara meraih pingat emas di Jakarta.
Jelasnya, pertukaran format yang mengikut penetapan Persekutuan Memanah Antarabangsa (FITA) itu bukanlah satu isu besar walaupun mengakui dia mungkin menghadapi sedikit masalah untuk menyesuaikan diri melepaskan panahan dari jarak 90 meter.
''Format ini memerlukan pemanah melepaskan panahan pada jarak 30, 50, 70 dan 90 meter pada pusingan kelayakan sebelum bermain pada pusingan kalah mati.
''Masalahnya pada masa sesi latihan, saya jarang melakukan panahan dari jarak 90 meter dan tengah cuba mendapatkan rentak sebelum ke Indonesia kerana sudah biasa dengan panahan dari jarak 70 meter.
''Namun, saya anggap itu bukan masalah besar kerana pada pusingan kelayakan, kami akan bermain pada jarak 70 meter sehingga ke peringkat akhir, " katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan bendera kontinjen Malaysia ke Sukan SEA, semalam.
Pemuda berusia 20 tahun ini yang berasal dari Terengganu bersama Cheng Chu Sian dan Haziq Kamaruddin telah membantu Malaysia dalam recurve berpasukan lelaki layak ke Sukan Olimpik 2012 di London selepas bergandingan dengan Cheng Chu Sian dan Haziq Kamaruddin apabila meraih tempat kesembilan di kejohanan memanah dunia di Turin, Itali.
Selain itu, pada kejohanan memanah Asia di Teheran, Iran yang diadakan pada bulan lalu, Khairul beraksi cemerlang apabila membantu Malaysia meraih dua pingat emas dalam berpasukan recurve dan individu.
Dia yang mencipta sasaran mahu mendapatkan pingat emas dalam acara berpasukan bagaimanapun tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi pada kategori individu.
''Ada seorang peserta dari Thailand yang saya temui baru-baru ini di Tehran hampir menewaskan dan daripada situ saya rasakan saingan di Sukan SEA tetap mencabar.
''Difahamkan juga peserta dari Myanmar dan Laos juga mempunyai atlet yang bagus dan mampu berikan saingan kepada kita.
''Saya tidak berani berkata-kata apa peluang saya dalam individu dan saya hanya mahu berikan tumpuan kepada prestasi saya supaya dapat beraksi di tahap terbaik semasa di sana, " katanya.
UTUSAN MALAYSIA

No comments:
Post a Comment