PUTRAJAYA - Pasukan renang berirama negara yakin mampu meraih tiga pingat emas seperti yang disasarkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) pada Sukan SEA Indonesia 2011.
Sekali pun agak terkejut dengan sasaran itu, berikutan jangkaan awal adalah dua emas, namun, atlet negara, Katrina Ann Abdul Hadi tetap optimis hasrat MSN itu mampu direalisasikan jika persembahan cemerlang dipamerkan pada temasya tersebut.
"Setahu saya memang dua emas yang kita sasarkan, tetapi tidak mustahil tiga emas mampu diraih oleh skuad negara sekiranya kesilapan dapat dikurangkan," katanya ketika ditemui pemberita selepas upacara penyerahan Jalur Gemilang di sini, semalam.
Bagaimanapun, menurut Katrina, acara renang berirama merupakan sukan subjektif yang dinilai berdasarkan pemberian markah oleh juri.
Justeru, katanya, amat sukar untuk menjangkakan persaingan yang bakal diterima dan warna pingat juga hanya boleh ditentukan berdasarkan pungutan mata yang diberi.
"Saya sedar Indonesia memiliki kelebihan sebagai tuan rumah dan tidak lupa juga saingan dari peserta Thailand dan Singapura, tetapi kita tetap berpeluang untuk meraih emas," ujarnya.
Atlet berusia 19 tahun itu yang akan berpasangan dengan atlet senior, Shareen Png untuk acara duet berirama itu berkata, Malaysia menyertai lima acara iaitu dua acara duet dan tiga lagi berpasukan.
UTUSAN MALAYSIA

No comments:
Post a Comment