Tuesday, November 8, 2011

Peringatan Ketua Kontinjen


AHMAD SHABERY (tengah) bergambar bersama kontinjen Malaysia pada majlis penyerahan Jalur Gemilang di Putrajaya kelmarin.


kan beraksi pada temasya Sukan SEA di Indonesia, diingatkan agar menjaga pemakanan, kesihatan dan keselamatan semasa sambutan Hari Raya Aidiladha esok.

Ingatan itu disuarakan oleh Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Naim Mohamad selepas mereka diberikan cuti beberapa hari untuk bersama keluarga masing-masing sebelum berlepas ke Jakarta dan Palembang.
“Kita sudah pun mengingatkan atlet tentang soal pemakanan, kesihatan dan keselamatan diri sebelum berlepas pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Memang kita melarang mereka daripada beraya sampai lupa diri memandangkan selepas ini mereka ada tanggungjawab besar yang perlu dilaksa- nakan.

“Namun saya percaya, atlet kita sudah matang dan sedar tentang perkara ini dan berha- rap mereka sentiasa beringat sepanjang masa sehingga sele- sai temasya Sukan SEA nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas nasihat yang di berikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika berucap pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Malaysia di Putrajaya kelmarin.

Dalam ucapannya, Ahmad Shabery mahu setiap atlet menjaga diri sendiri seperti menjaga negara supaya segala penat lelah dalam melakukan persiapan menghadapi temasya itu tidak sia-sia begitu sahaja.

Menurut Naim, soal pemakanan, kesihatan dan keselamatan ini perlu diberi keutamaan kerana ketika menyambut hari raya korban ini apa-apa sahaja boleh berlaku.

Seramai 608 atlet dan 264 pegawai akan berlepas secara berperingkat ke Jakarta dan Palembang bagi menghadapi temasya yang berlangsung dari 11 hingga 22 November ini.

Skuad bola sepak dan kakitangan sekretariat adalah kumpulan pertama yang berlepas ke Jakarta kelmarin dan selebihnya akan mula berlepas ke Indo- nesia, Isnin ini.



KOSMO

No comments:

Post a Comment