PENYUMBANG pingat emas terbanyak negara di temasya Sukan Sea Laos dua tahun lalu, Daniel Bego (gambar) disahkan tidak akan mengambil bahagian di Palembang kerana dikhuatiri menjejaskan pemulihan bahunya yang dibedah sejak awal tahun ini.
Ini disahkan pengurus skuad renang May Tan dalam kiriman e-mel kepada pihak Majlis Sukan Olimpik Malaysia (MOM).
Daniel yang menyumbang lima emas di Laos dan dipilih Olahragawan Sukan Sea 2009 awal-awal lagi dikhuatiri tidak dapat beraksi tetapi perenang itu tidak sabar untuk kembali ke kolam renang dan menyuarakan hasrat untuk bertanding.
Raja renang berusia 21 tahun itu sebelum ini belum mendapat lampu hijau daripada doktor dan penyertaan ke Sukan Sea bergantung pada laporan perubatannya. Daniel mengalami masalah ‘Hook Acromium’ sejak tiga tahun lalu, menyaksikan tulang di atas bahunya menyekat kuakan penuh 360 darjah hingga menghalangnya melakukan catatan masa lebih pantas. Dia menjalani dua pembedahan bahu kiri April dan Mei lalu. Meskipun Daniel masih dalam tempoh pemulihan, Kesatuan Renang Amatur Malaysia (Asum) tetap menyenaraikan namanya dalam tiga acara. Namun Asum tidak pernah meletakkannya dalam sasaran pingat kerana sedar potensi emasnya cukup tipis kerana belum cergas sepenuhnya.
Menurut sumber, atlet itu akhirnya akur dengan nasihat doktor yang tidak membenarkannya mengambil bahagian dalam mana-mana kejohanan.
Begitupun, skuad renang tetap menjadi lubuk emas negara apabila enam pingat disasarkan daripada baki 15 perenang negara di Palembang.
Daniel dianggap bintang sukan renang negara apabila meraih kejayaan memberangsangkan dengan lima pingat emas di Sukan Sea Laos 2009. Keupayaan pemegang empat rekod kebangsaan acara 100, 200 dan 400 meter gaya bebas serta 100m kuak kupu-kupu untuk mengulangi pencapaian dua tahun lalu bagaimanapun sukar kerana dia baru saja aktif berlatih bulan lalu.
myMetro

No comments:
Post a Comment