Wednesday, November 9, 2011

Bibiana bawa bendera

PEMBAWA bendera negara bertukar tangan dari Nor Suryani Taibi kepada rakan pasukan, Bibiana Ng.
Menurut sumber dalaman Majlis Sukan Negara (MSN), pertukaran ini disebabkan Suryani akan memulakan saingan menembak pada pagi keesokan hari selepas malam perasmian Jumaat ini.

Suryani akan bertanding dalam acara tiga posisi 50m air rifle individu bersama Nor Ayuni Farhana Abd Halim pada 9 pagi 12 November, jadi dia tidak boleh berjaga lewat malam kerana dikhuatiri akan menjejaskan fokus pada hari pertandingan keesokannya.

Justeru, Suryani juga tidak akan terbabit pada acara menaikkan bendera kontinjen di perkampungan sukan di Kompleks Sukan Jakabaring petang ini. - My Metro

No comments:

Post a Comment