BERDASARKAN senarai pemain ke Sukan Sea, memang diakui sukar untuk melihat dari mana akan datangnya kilauan emas skuad badminton yang akan mengibarkan cabaran di Istora, Senayan, Jakarta, November depan.
Meskipun Woon Khe Wei-Vivian Hoo menjuarai GP Emas Terbuka Indonesia di Kalimantan hujung minggu lalu, banyak pihak berasakan skuad badminton negara akan pulang tangan kosong namun Khe Wei dan Vivian yakin mereka berpeluang mempertahankan pingat emas dimenangi senior mereka Chin Eei Hui-Wong Pei Tty dua tahun lalu.
“Saya rasa kami ada peluang menang emas di Sukan Sea tapi kami perlu beraksi konsisten, malah perlu lebih baik daripada aksi di Kalimantan minggu lalu,” kata Khe Wei selepas menjalani latihan bersama jurulatih Rexy Mainaky dan Chong Kien Ling.
Begitupun Khe Wei akui pemain serantau yang ditemui pada Terbuka Indonesia lalu bukanlah gandingan terbaik terutamanya dari negara tuan rumah, Indonesia.
“Pemain Indonesia yang kami temui minggu lalu bukanlah dari skuad kebangsaan Indonesia sebaliknya pasukan kelab.
“Tapi jika berdepan gandingan terbaik Indonesia sekalipun peluang kami 50-50. Sementara gandingan dari negara lain seperti Thailand bukanlah ancaman besar kepada kami,” kata Khe Wei yang berkeyakinan tinggi selepas meraih kejuaraan pertama di peringkat senior.
Khe Wei yang pernah mengecapi kejuaraan di peringkat remaja dengan muncul juara Remaja Asia dalam beregu campuran bersama Tan Wee Kiong berharap latihan yang dikendali jurulatih Rexy mampu memantapkan lagi permainan mereka.
HARIAN METRO

No comments:
Post a Comment