Tuesday, December 22, 2009

Warga Malaysia turut sumbang kejayaan temasya

KEJAYAAN penganjuran temasya kali ini sebenarnya adalah kejayaan warga Malaysia - yang jadi 'orang di belakang tabir' demi memastikan pengendalian acara mahupun pengurusan keputusan, berjalan dengan lancar.

Antara pemegang watak utama ialah syarikat WSL Sdn Bhd (WSL) - yang diberi kepercayaan oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Sea Laos (Laosoc) untuk menguruskan sistem pendaftaran atlit, profil semua 25 acara selain keputusan selepas berakhirnya setiap pertandingan.

"Kami bertanggungjawab untuk mengendalikan pendaftaran atlit sejak mula selain menyediakan pelbagai program dan perisian berkaitan untuk memastikan maklumat diperlukan semua pihak termasuk media, disediakan," kata Ketua Perunding Media WSL, Abdullah Abdul Rahman.


Selain itu, kepakaran pegawai-pegawai Malaysia juga digunakan penganjur Laos dalam merangka persiapan awal, seperti pegawai Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), Maniam Manickam yang sudah lebih sebulan di Vientiane selaku Pengarah Perlumbaan acara sukan itu.

Selain itu, pembabitan syarikat Malaysia juga ketara, seperti Mesuma Sdn Bhd - dengan kehadiran perunding dan penasihatnya, George Heng - yang bukan setakat membekalkan kelengkapan pakaian kontinjen negara, tetapi turut membantu Majlis Sukan Negara (MSN) menjaga segala urusan berkaitan atlit negara di Vientiane. BH

No comments:

Post a Comment