Monday, December 14, 2009

Terjunan emas Bryan


BRYAN menepati ramalan untuk menang pingat emas dalam acara kegemarannya semalam.


VIENTIANE, Laos - Penerjun cilik negara, Bryan Nickson Lomas melakar sejarah tersendiri apabila meraih pingat emas buat kali ketiga berturut- turut di pentas Sukan SEA.

Semalam, Bryan merekodkan emas ketiga pada temasya Sukan SEA XXV apabila menjuarai acara kegemarannya, 10 meter platform lelaki di Pusat Renang, Kompleks Sukan Nasional.

Selepas enam terjunan, atlet berusia 19 tahun itu berjaya mengumpul keselu- ruhan 476.15 mata untuk meninggalkan pemenang pingat perak, Muhammed Nasrullah dari Indonesia dengan kelebi- han 54.50 mata.

Atlet Filipina, Rexel Ryan Fabriga pula merangkul pingat gangsa selepas mengumpul keseluruhan 413.95 mata.

"Apa lagi yang boleh saya katakan de- ngan kejayaan meraih emas buat kali ketiga berturut-turut.

"Tambah manis apabila saya dapat mempertahankan emas dalam acara kegemaran saya ini sejak Sukan SEA 2005 di Manila, Filipina," kata Bryan ketika di- temui semalam.

Jelas Bryan, dia tidak berasa tertekan sekalipun sedar tugasnya untuk mempertahankan pingat emas bukan satu tugas yang mudah.

"Saya akui saingan saya dari Filipina dan Indonesia sentiasa memberi cabaran yang sengit kepada saya. Jika saya sering melakukan kesilapan, mungkin untuk saya mempertahankan pingat emas.

"Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan corak terjunan saya hari ini (semalam) dan saya juga kurang membuat kesilapan," kata Bryan.

Bryan yang pernah dikritik hebat ekoran prestasi hambar sebelum ini berkata, 'perguruannya' di Kunming, China bulan lalu telah banyak membantunya meningkatkan persembahan khususnya dari segi darjah kesukaran (DD) terjunan.

"Ketika menjalani latihan di Kunming, saya belajar dua lagi DD yang baru. Saya menggunakan segala apa yang saya pelajari di Kunming pada Sukan SEA di Laos.

"Ternyata ia banyak membantu saya mengutip mata yang tinggi," katanya yang akan bergandingan dengan Yeo Ken Nee dalam acara 3m papan anjal seirama esok.

Acara tersebut dianggap masih baru buat Bryan kerana dia hanya mengganti- kan tempat Rossharisham Roslan yang terpaksa diketepikan ekoran kecederaan lutut.

Sementara itu, ratu terjun negara, Leong Mun Yee gagal mengikut jejak Bryan apabila sekadar meraih pingat gangsa dalam acara 3m papan anjal.

"Memang agak mengecewakan kerana gagal meraih pingat emas tetapi saya sudah berusaha sedaya mungkin," kata Mun Yee mengumpul keseluruhan 279.30 mata.

Acara itu dimenangi atlet Vietnam, Thanh Tra Hoang yang mengumpul 290.20 mata manaka perak milik Sheila Mae Perez dari Filipina yang mencatat- kan 286.85 mata.

No comments:

Post a Comment