JECK Seng bersama Zolkples dan Dr Ramlan serta atlit negara pada majlis penyerahan Jalur Gemilang, semalam. |
Ketepi isu remeh, pamer keupayaan: Dr Ramlan
DENGAN penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara bagi menandakan bermula misi memburu emas di Vientiane hanya persembahan terbaik penuh bersemangat yang dituntut daripada lebih 300 atlit yang bakal membanjiri ibu negara Laos itu.
Chef-de-mission Datuk Dr Ramlan Aziz menyatakan bermula semalam, tiada lagi isu-isu remeh yang harus dibangkitkan atlit sebaliknya fokus mereka seharusnya kepada Vientiane sehingga temasya itu berakhir 18 Disember ini.
Malah, Ramlan atlit muda mempamerkan keupayaan sebenar mereka sementara atlit senior yang sudah pernah beraksi di Sukan Sea, seharusnya menjadi Vientiane sebagai medan untuk mengekalkan reputasi mereka selaku jagoan rantau ini.
“Misi kita sudah bermula hari ini (semalam) dengan penyerahan Jalur Gemilang,” kata Ramlan kepada pemberita selepas majlis penuh bersemangat itu yang dilakukan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng di Putrajaya, semalam. “Fokus mereka perlu sepenuhnya kepada Laos.
“Kepada atlit yang kali pertama akan beraksi dalam temasya ini pastinya mereka akan berasa cukup teruja tetapi pada masa yang sama perlu menunjukkan prestasi terbaik kerana ia menjadi ujian mereka dalam mengharungi temasya yang lebih besar.
“Bagi atlit senior dan berpengalaman, mereka seharusnya membuktikan keupayaan mereka selaku jaguh rantau ini dengan mempertahankan atau pun memenangi pingat emas,” katanya.
Perasaan sama turut dikongsi Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong yang mahu melihat prestasi terbaik terutama sekali daripada atlit pelapis yang akan beraksi buat pertama kali.
“Sejumlah 40 atlit pelapis terdiri daripada 18 di bawah kategori A dan selebih kategori B akan beraksi dan Laos dan MSN akan memantau prestasi mereka,” katanya. “Saya mengharapkan persembahan yang baik kerana ia akan menjadi kayu pengukur dalam menilai aksi mereka untuk temasya yang lebih besar.”
Buat pertama kalinya, temasya ke-25 ini tidak akan dipancarkan secara langsung ke seluruh negara selepas Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak mahu membayar yuran hak penyiaran yang dikenakan tuan rumah dan, Ramlan tidak menganggap ketiadaan publisiti itu akan menjejaskan persembahan atlit.
No comments:
Post a Comment