Tuesday, June 9, 2015

Skuad B-23 gagal belasah Brunei

Skuad Bawah 23 (B-23) negara terpaksa berhempas-pulas sebelum menang 2-0 ke atas Brunei B-23 pada aksi Kumpulan B Sukan SEA di Stadium Bishan malam tadi.

Jaringan Muhammad Nurridzuan Abu Hassan dan Adam Nor Azlin pada babak kedua menyelamatkan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee daripada terus dimalukan selepas hanya mencatat satu kemenangan ke atas Timor Leste 1-0 daripada tiga perlawanan.

Malaysia dan Brunei mengalami nasib sama dalam saingan peringkat kumpulan apabila tersingkir awal selepas Vietnam dan Thailand sukar digugat di kedudukan teratas untuk mara ke separuh akhir.

Aksi yang dianggap mudah bagi anak buah Kim Swee bertukar sebaliknya apabila mereka bergelut mencari gol pada babak pertama menentang lawan yang tumpas dalam keempat-empat perlawanan sebelum ini.

Peluang terbaik negara hadir menerusi percubaan penyerang Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-34 namun digagalkan penjaga gol Mohd Ahsanuddin Mohd Dani.

Bagaimanapun Nurridzuan yang masuk menggantikan S Kumaahran berjaya meletakkan skuad negara di depan m-71 hasil sepakan percuma.

Gol kedua menyusul enam minit kemudian selepas pertahanan Adam Nor menolak masuk gol dalam kotak penalti.

Aksi terakhir skuad negara menentang Laos Khamis ini.

Sumber: Harian Metro

No comments:

Post a Comment