Mohd. Izzuddin mencatat masa 21.20 saat manakala Aravinn Thevarr, 21.33s sekali gus menghampakan harapan sejak Sukan SEA 2003 di Vietnam di mana Nazmizan Mohamed meraih emas.

Pingat emas semalam dimenangi oleh Le Trong Hin dari Vietnam yang menamatkan saingan dengan masa 20.89s manakala pingat perak dan gangsa diraih atlet Thailand, Sathoengram Jaran di tempat kedua (21.05s) serta Meenapra Jirapong di tempat ketiga (21.05s).

Mohd. Izzuddin berkata, perlumbaan semalam amat mencabar kerana semua peserta begitu laju namun tetap berpuashati kerana dia memperbaharui catatan peribadi terbaiknya.
“Tiada rezeki saya untuk mendapatkan pingat untuk negara namun ini bukan kesudahannya ke­rana saya akan terus memberikan cabaran selepas ini.

“Saya juga berterima kasih kepada jurulatih saya, Nazmizan yang telah menaikkan semangat saya selepas kecewa dalam perlumbaan 100m semalam (kelmarin),” kata­nya, yang gagal ke perlumbaan akhir acara itu setelah hanya menduduki tempat keenam.
Sementara itu, dalam 200m wa­nita, atlet negara Zaidatul Husniah Zulkifli menamatkan saingan di tempat keenam.

Zaidatul Husniah mencatat masa 24.18s dalam perlumbaan yang dimenangi Veronica Shanti Pereira dari Singapura yang melakukan catatan masa 23.60s.

Tempat kedua menjadi milik Kayla Anise Richardson dari Fili­pina dengan masa 23.71s dan gangsa milik atlet Vietnam, Thi Oanh Nguyen dengan 23.92s. 

– UTUSAN