Skuad wanita negara ketinggalan 2-0 sebelum beregu Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho menghadirkan mata pertama untuk Malaysia selepas mengalahkan Thai Thi Hong Gam-Pham Nhu Thao, 21-8, 21-10.

Juara Terbuka Kuala Lumpur tahun ini, Jin Wei kemudian mengembalikan skuad negara ke landasan betul apabila menang 21-19, 18-21, 21-11 ke atas Nguyen Thuy Linh untuk menyamakan kedudukan 2-2 sebelum beregu wanita utama Vivian Hoo-Woon Khe Wei menepati ramalan dengan mengesahkan kemenangan Malaysia selepas me­ngalahkan Vu Thi Trang dan Nguyen Thi Sen 21-14, 21-14.


Sebelum itu Lim Yin Fun memberikan mata pertama kepada Vietnam apabila kalah 17-21, 16-21 kepada Vu Thi Trang dan Nguyen Thi Sen menjarakkan kedudukan kepada 2-0 menerusi kemenangan 21-17, 16-21, 21-17 ke atas Ho Yen Mei.
Skuad lelaki negara yang diketuai bekas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei pula mudah me­nundukkan Kemboja 3-0.

Chong Wei Feng memberikan permulaan cemerlang untuk Malaysia selepas mengalahkan Chanmara Tep 21-7, 21-11 dalam masa 20 minit sebelum Chong Wei hanya mengambil masa 13 minit untuk mengalahkan Cheng Phor Rhom 21-10, 21-5.
Beregu Goh V Shem-Tan Wee Kiong mengesahkan kemenangan selesa ke atas Kemboja menerusi kemenangan 21-8, 21-11 ke atas Teav Yong Vannak-Nguon Kanora.

Kedua-dua skuad lelaki dan wanita negara seterusnya bakal berdepan tugas getir menentang juara bertahan Indonesia dalam saingan separuh akhir hari ini.

Indonesia, yang muncul juara acara berpasukan lelaki edisi 2011 di laman sendiri, mendapat bye dalam pusi-ngan suku akhir. Pasukan wanita Indonesia muncul naib juara acara berpa­sukan di belakang Thailand pada 2011.

 
– UTUSAN