Sunday, June 14, 2015

2 atlet negara kongsi emas gimnastik berirama

SINGAPURA 14 JUN – Skuad gimnastik Malaysia mencipta sejarah apabila dua atletnya memenangi pingat emas yang sama dalam Sukan SEA 2015 menerusi acara gimnastik berirama individu keseluruhan di Dewan Sukan Bishan sebentar tadi.

N. Shasangari Sivaneswary dan Koi Sie Yan berkongsi pingat emas acara itu selepas kedua-duanya menamatkan persaingan dengan mengumpul 60.250 mata.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah Sukan SEA kontinjen Malaysia meraih dua emas acara yang sama. – UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment