Sunday, June 14, 2015

Fatin tuai tiga emas hari ini

SINGAPURA 14 Jun – Jaguh memanah Malaysia, Fatin Nurfatehah Mat Salleh mencatatkan sejarah tersendiri apabila meraih tiga pingat emas dalam masa sehari hari ini.

Selepas membantu skuad negara memenangi emas berpasukan wanita dan campuran acara compound, dia meneruskan bidikan tepat untuk menang persaingan individu wanita di Lapangan Kriket Kallang sebentar tadi.

Dalam perlawanan akhir, Fatin menewaskan pemanah dari Filipina, Amaya Cojuangco dengan keputusan 138-136. – UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment