Kuala
Lumpur: Jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) Datuk Ong Kim Swee sedar beliau
bagaikan tiada pilihan selain terpaksa memikul sasaran tinggi di Sukan SEA
Singapura biarpun temasya sukan itu kini hanya dianggap medan pendedahan atlet
muda.
Pengendali
itu berkata, biarpun Sukan SEA hanya bertaraf Asia Tenggara dan tidak
membabitkan skuad kebangsaan namun status 'ibu segala pingat' itu menjadikan
bola sepak tetap menjadi tumpuan.
"Bola
sepak di Sukan SEA tetap acara berprestij, setiap negara akan cuba mendapatkan
pingat emas kerana memberi makna besar.
"Kita
perlu tentukan sama ada penyertaan ke sana bagi tujuan pendedahan atau
menyumbang pingat," kata Kim Swee ketika ditemui pada Mesyuarat Pemilihan
Atlet Sukan SEA Singapura Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semalam.
Sebelum
ini Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan, sudah tiba
masanya untuk mereka memberi penekanan Sukan SEA hanya pentas pendedahan buat
atlet pelapis.
Arena - Harian Metro
No comments:
Post a Comment