Monday, December 2, 2013

Skuad silat juga boleh sumbang pingat


Kuala Lumpur: Ketika harapan lebih terarah kepada acara sukan berstatus popular untuk menyumbang pingat emas kepada kontinjen negara pada Sukan SEA Myanmar, pencak silat juga dilihat berpotensi untuk menjadi antara penyumbang emas utama negara.

Ini kerana pengurus pasukan ke temasya dwi tahunan itu, Osman Nok yakin pihaknya mampu sekurang-kurangnya meraih tiga emas sekali gus mengulangi pencapaian dua tahun lalu di Indonesia.

“Kita tidak pernah mengecewakan kontinjen negara dalam sasaran untuk meraih pingat emas. Dua tahun lalu kita juga mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Kali ini di Myanmar, sasaran kami tetap sama. Bukan tidak mahu meletakkan sasaran lebih tinggi, tapi cukuplah sekadar meletakkan sasaran realistik dulu kerana sukan yang lebih popular daripada kami pun tidak berani meletakkan sasaran tinggi.

“Jika meraih lebih dari tiga pingat emas, kami anggap ia sebagai satu bonus,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pada temasya dua tahun lalu di Indonesia, skuad silat negara meraih tiga emas, satu perak dan tujuh gangsa.


Oleh Saiful Affendy Sapran, ARENA - Harian Metro

No comments:

Post a Comment