Monday, December 2, 2013

Lebih 9,000 hangatkan TM Team Malaysia Fun Run



KUALA LUMPUR - Lebih 9,000 peserta mengambil bahagian dalam larian TM Team Malaysia Fan Run edisi kedua yang merupakan inisiatif Telekom Malaysia Berhad (TM) bagi menghimpunkan dan menggerakkan sokongan padu kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Myanmar, bulan ini.

Acara yang disertai oleh pelbagai peringkat umur itu turut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, Pengerusi TM, Datuk Sri Dr. Halim Shafie, Ketua Pegawai Pemasaran TM, Datuk Rozalila Abdul Rahman, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong dan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin.
Berdasarkan kejayaan edisi sebelum ini, acara yang disokong oleh MSN dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ini telah dibawa ke lokasi Dataran Putrajaya dengan pemandangan yang menakjubkan disamping menawarkan tiga kategori jarak yang berbeza iaitu 15km, 10km dan 3km.

Adalah menjadi hasrat TM, usaha ini akan menyatukan jiwa rakyat Malaysia bersama-sama di bawah satu bendera menerusi sorakan skuad kebangsaan dan menyalakan semangat atlet dalam usaha mencapai kecemerlangan serta menanda nama Malaysia di pentas dunia sukan.

No comments:

Post a Comment