AKSI Baddrol Bakhtiar (kiri) ketika menjaringkan gol pertama Malaysia menentang Thailand minggu lalu.
SEMANGAT kapten skuad bola sepak negara, Baddrol Bakhtiar berkobar-kobar ketika ini dan mesej kepada setiap rakan sepasukan adalah turun ke gelanggang dan menewaskan tuan rumah, Indonesia dalam saingan terakhir Kumpulan A, Khamis ini.
“Pada tiga perlawanan lalu, kami seakan-akan bermain di Singapura, Thailand dan kemudian Kemboja walaupun semuanya berlangsung di Gelora Bung Karno apabila penyokong tempatan memberi sokongan padu kepada lawan kami.
“Namun ia sedikitpun tidak melunturkan semangat kami terus memburu kemenangan. Walaupun sekadar perlu seri pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, kami akan berusaha menamatkannya dengan kemenangan.”
Baddrol yang turut membarisi skuad bawah 23 kendalian Datuk K Rajagobal dua tahun lalu di Laos kini menjadi taruhan Ong Kim Swee untuk memimpin rakan sepasukan melakar gemilang pada edisi kali ini.
Dia yang menjadi tonggak utama skuad kendalian Kim Swee sudah meledak dua gol selepas tiga perlawanan, menjadikan lima gol sudah dijaringkan pemain itu sepanjang mewakili negara dalam temasya Sukan SEA.
“Saya yakin kemampuan pasukan ini...percayalah,” kata Baddrol.
B.Harian
Malaysia !. mohon main seperti barca !
ReplyDeletemalaysia.. please main garang.... tunjukan depan peminat indonesia bhawa setiap kritikan dan ejekan adalah suntikan semangat untuk pemain kita... go go go harimau malaya.....
ReplyDelete