PETUGAS sibuk menyiapkan kerja-kerja akhir memasang peralatan dalam kolam renang di Stadium Akuatik, Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang.
MENJELANG dua hari saja lagi acara pembukaan temasya sukan terbesar di Asia Tenggara di Palembang, tuan rumah ternyata bergelut dengan tekanan menyempurnakan kerja-kerja akhir bagi menjayakan edisi ke-26 itu.
Bukan itu saja, kebanyakan petugas media yang sudah tiba di Palembang, hampa apabila pusat media masih kosong dan belum beroperasi dan penganjur, Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Indonesia (INASOC) seakan tidak bersedia apabila gagal menyediakan pelbagai maklumat perlawanan.
Media cetak tempatan juga memaparkan bilangan media yang di luar jangkaan apabila lebih 3,000 petugas media akan membuat liputan berbanding jangkaan awal iaitu sekitar 1,200 saja.
Selain masalah pengangkutan, masalah penginapan menjadi bualan di kalangan petugas media yang mengeluh kesukaran mendapatkan tempat sehingga penganjur menyediakan lima kapal - dua kapal perang Republik Indonesia, dua kapal daripada PT Pelayaran Nasional Indonesia (Pelni) dan satu kapal Grup Artha Graha - untuk dijadikan hotel bagi menampung keperluan mendadak sepanjang temasya itu nanti.
“Kami senang kerana tetamu yang ramai tetapi kami sukar menyediakan penginapan yang mencukupi. Di Palembang, penginapan sangat terbatas,” kata Ketua INASOC Sumatera Selatan, Muddai Madang.
No comments:
Post a Comment