Wednesday, November 9, 2011

'Jangan menyerah sebelum bertanding'

Naim Mohamad
Naim Mohamad
Usah jadikan mutu pengadilan sebagai isu: Naim

JANGAN prejudis! Itulah nasihat ketua kontinjen negara, Datuk Naim Mohamad kepada jurulatih, pegawai dan atlit sukan subjektif seperti pencak silat, wushu, karate, taekwondo, judo dan tinju semalam.
“Kita belum bertanding dan bertempur lagi. Jadi, nasihat saya jangan jadikan mutu pengadilan sebagai isu dan menjadikannya alasan untuk kita menyerah kalah lebih awal,” katanya.
Biarlah kita berprasangka baik dan percaya kepada kejujuran serta ketelusan mereka. Yakinlah mereka akan menjalankan tugas pengadilan dengan baik. - Naim Mohamad, Ketua kontinjen di Jakarta
Dia yang baru tiba di Jakarta semalam berkata, adalah lebih baik pegawai dan atlit sukan subjektif terbabit memfokuskan kepada persiapan masing-masing.

“Kita tidak mahu mutu pengadilan berat sebelah yang berlaku sebelum ini terus ditimbulkan kerana ini juga akan menjejaskan imej kita kepada wasit atau juri yang akan menghakimi pertandingan.

“Biarlah kita berprasangka baik dan percaya kepada kejujuran serta ketelusan mereka. Yakinlah mereka akan menjalankan tugas pengadilan dengan baik,” katanya.

Ketika ditanya sama ada tindakan protes akan diambil sekiranya mutu pengadilan terbukti berat sebelah, Naim berkata: “Jika terdapat bukti, saya nasihatkan pengurus pasukan supaya mengambil tindakan mengikut prosedur dan undang-undang ditetapkan,” katanya.
Pada temasya ini, sebanyak 106 pingat emas ditawarkan dalam beberapa sukan subjektif seperti judo 16 emas, karate (17), silat (18), taekwondo (21), wushu (20) dan tinju (14).


Daripada Hussain Said dan Syed Riduan Ahmad di Jakarta
bhsukan@bharian.com.my

No comments:

Post a Comment