MAJLIS Sukan Negara (MSN) tetap akan memberikan ganjaran kepada pemenang pingat emas pertama Sukan Sea Indonesia 2011 mengikut nilai baru yang sudah ditetapkan April tahun lalu iaitu sebanyak RM10,000 meskipun mereka perlu mengamalkan perbelanjaan berhemah ketika ini.
Menurut Ketua Pengarah, Datuk Zolkples Embong, tidak ada sebarang perubahan mengenai nilai baru ganjaran itu dan semua atlet yang berjaya membawa pulang pingat emas pertama berhak untuk menikmatinya.
“Atlet jangan bimbang kerana mereka akan dapat ganjaran mengikut apa yang diputuskan sebelum ini. Selepas Sukan Sea Laos 2009, ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai ganjaran yang diberikan dan dengan ganjaran baru ini semua atlet akan lebih bersemangat untuk mencipta kejayaan.
“Tapi saya selalu mengingatkan atlet supaya jangan terlalu mengejar ganjaran sebaliknya lakukannya demi negara. Ganjaran ini hanyalah sebagai tanda pengiktirafan terhadap sumbangan dan pengorbanan yang mereka berikan. Yang pasti ganjaran diberikan adalah mengikut kemampuan kewangan kita,” katanya kepada Arena Metro semalam.
Ganjaran baru menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) mendapat persetujuan kerajaan selepas saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu pemberian RM5,000 kepada atlet yang meraih emas di Sukan Sea dikaji semula.
Selepas membuat perbandingan dengan ganjaran yang diterima atlet negara jiran seperti Thailand dan Singapura, pemenang pingat emas pertama Sukan Sea akan menerima RM10,000 dan tambahan RM1,000 bagi rekod baru.
Bagi pasukan yang diwakili kurang lima atlet akan menerima RM10,000 bagi emas pertama dan selain daripada itu akan menerima habuan RM2,000.
Bagaimanapun nilai emas kedua dan berikutnya yang dimenangi oleh setiap atlet adalah RM5,000 manakala tidak ada ganjaran diberikan kepada pemenang perak dan gangsa, sama seperti sebelum ini.
“Tidak ada ganjaran untuk pemenang perak dan gangsa kerana ini hanya sukan bertaraf Asia Tenggara dan kami mahu semua atlet mengejar pingat emas. Lainlah kalau Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik, semua pemenang pingat akan mendapat ganjaran,” kata Zolkples.
HARIAN METRO

No comments:
Post a Comment