ENAM pemimpin negara Asean dan 6,000 atlet dari 11 negara akan menghadiri majlis perasmian Sukan Sea ke-26 yang diadakan di Stadium Jakabaring di Palembang, pada 11 November ini.
Agensi berita Antara memetik pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Sea Indonesia (Inasoc), Muddai Madang berkata antara pemimpin akan hadir pada majlis perasmian itu ialah dari Malaysia, Brunei dan Singapura “Pemimpin-pemimpin dari tiga negara itu akan berada beberapa hari di Palembang manakala yang lain akan pulang selepas majlis perasmian itu,” katanya.
Kedua-dua majlis perasmian dan penutup sukan itu berlangsung di Palembang tetapi sebahagian daripada acara sukan akan diadakan di Jakarta.
Sementara itu, portal berita online Republika memetik Muddai sebagai berkata semua venue sukan di Palembang sedia untuk digunakan mulai esok. - Bernama

No comments:
Post a Comment