Monday, November 21, 2011

Misi senyapkan Stadium Bung Karno

Image © AFP
Pemain Indonesia, Diego Michiels (kanan) cuba mengekang gerakan penyerang Malaysia, Izzaq Faris Ramlan ketika perlawanan peringkat kumpulan Sukan Sea di Jakarta.

KUALA LUMPUR, (Arena.my) - Dengan Indonesia dilaporkan bakal mempertaruhkan kesebelasan utama menentang Malaysia, skuad negara pula menghadapi krisis kecederaan dan kecergasan.
Gara-gara menurunkan pemain yang tidak cergas sepanjang kempen Sukan Sea segelintir daripada pemain di jentera serangan kini berkemungkinan besar terlepas aksi final menentang Indonesia.

Antara yang sudah pasti adalah penyerang Izzaq Faris Ramlan yang cedera pada minit-minit akhir perlawanan menentang Myanmar dengan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria juga terpaksa disisihkan selepas mengalami kecederaan dalam saingan kumpulan menentang skuad garuda muda.

"Kita akan terlepas sentuhan Izzaq, Wan Zaharulnizam dan Syahrul. Mereka berkemungkinan besar terlepas beraksi di final dan juga saingan peringkat kumpulan kelayakan Olimpik menentang Syria nanti kerana masing-masing alami kecederaan pergelangan kaki.

"Saya juga kehilangan dua orang kuat Irfan dan Fandi yang juga cedera dan mereka akan digantikan dengan pemain lain yang akan saya tetapkan pada latihan terakhir petang ini," katanya.
Bagi pengendali skuad bawah 23 tahun negara itu, senario ini sudah pasti menyukarkan perancangan untuk perlawanan akhir dengan Syahrul Azwari Ibrahim juga mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu Kim Swee turut menyarankan agar skuadnya melupakan perlawanan peringkat awal jika mahu menang dan kekalkan pingat emas yang dimiliki.

"Saya tidak mahu mereka terlalu yakin dengan diri sendiri. Saya tahu mereka keletihan dan saya mahu mereka kenali kekuatan dan prestasi sendiri. Dari segi semangat, sudah pasti para pemain akan turun berhabis-habisan menentang Indonesia nanti.

"Ini merupakan halangan terakhir untuk kita mengekalkan kejuaraan di Laos dalam acara bola sepak Sukan SEA. Usah pedulikan ejekan mereka. Kita kena guna kecergasan yang berbaki sebaiknya," katanya.
Aksi perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea 2011 di antara Malaysia menentang Indonesia, pada Isnin bermula dengan pra-rancangan jam 8.00 malam secara langsung hanya di Astro Arena, Nadi Sukan Malaysia.


http://www.arena.my/Arena/SukanSEA2011Article/tabid/697/Default.aspx?newsId=190802

No comments:

Post a Comment