SENARAI pemain skuad bola sepak negara bawah 23 yang bakal menggalas cabaran mempertahankan pingat emas Sukan SEA hanya akan terjawab, esok dan bagi jurulatihnya, Ong Kim Swee, proses pemilihan terakhir ini adalah peringkat paling penting dalam menyempurnakan misi berkenaan.
“Hanya 20 pemain akan dibawa ke Jakarta dan dengan senarai kecederaan dalam skuad utama, proses pemilihan menjadi semakin rumit,” kata Kim Swee semalam.
“Saya perlu mengambil risiko sama ada untuk membawa pemain ini atau tidak.” Empat pemain utama yang masih mengalami kecederaan ialah Wan Zack Haikal Wan Nor, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Gary Steven Robbat dan Amer Saidin tetapi Kim Swee yakin mereka sempat pulih di pertengahan saingan.
“Saya mungkin terpaksa mengambil risiko ini dan mengharapkan mereka sempat pulih di pertengahan saingan,” kata Kim Swee yang turut berdepan cabaran kelayakan Olimpik 2012 bertemu Syria dan Bahrain sebaik Sukan SEA berakhir.
“Tahap kecederaan mereka tidak serius dan peluang untuk pulih dalam masa terdekat amat cerah. Saya sedang menunggu laporan penuh pakar mengenai tempoh yang diperlukan oleh pemain ini untuk pulih, jika kurang daripada 10 hari saya akan membawa mereka.”
Menurut Kim Swee, dia tidak terlalu risaukan posisi dua pemain sayap, Wan Zack Haikal dan Wan Zaharul Nizam tetapi ketiadaan Gary yang cukup serasi dengan Irfan Fazail - juga mengalami kecederaan ringan - pasti akan merencatkan pergerakan di bahagian tengah pasukan.
“Kita ada ramai pemain yang mampu mengisi kekosongan itu, antaranya Baddrol (Bakhtiar), Fakri (Saarani) dan Syahrul Azwari Ibrahim, cuma yang saya bimbangkan ialah barisan tengah,” katanya.
Malaysia akan bertemu Singapura dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Isnin ini yang turut membabitkan Indonesia, Thailand dan Kemboja.
BERITA HARIAN
“Hanya 20 pemain akan dibawa ke Jakarta dan dengan senarai kecederaan dalam skuad utama, proses pemilihan menjadi semakin rumit,” kata Kim Swee semalam.
“Saya mungkin terpaksa mengambil risiko ini dan mengharapkan mereka sempat pulih di pertengahan saingan,” kata Kim Swee yang turut berdepan cabaran kelayakan Olimpik 2012 bertemu Syria dan Bahrain sebaik Sukan SEA berakhir.
“Tahap kecederaan mereka tidak serius dan peluang untuk pulih dalam masa terdekat amat cerah. Saya sedang menunggu laporan penuh pakar mengenai tempoh yang diperlukan oleh pemain ini untuk pulih, jika kurang daripada 10 hari saya akan membawa mereka.”
Menurut Kim Swee, dia tidak terlalu risaukan posisi dua pemain sayap, Wan Zack Haikal dan Wan Zaharul Nizam tetapi ketiadaan Gary yang cukup serasi dengan Irfan Fazail - juga mengalami kecederaan ringan - pasti akan merencatkan pergerakan di bahagian tengah pasukan.
“Kita ada ramai pemain yang mampu mengisi kekosongan itu, antaranya Baddrol (Bakhtiar), Fakri (Saarani) dan Syahrul Azwari Ibrahim, cuma yang saya bimbangkan ialah barisan tengah,” katanya.
Malaysia akan bertemu Singapura dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Isnin ini yang turut membabitkan Indonesia, Thailand dan Kemboja.
BERITA HARIAN
No comments:
Post a Comment