“HARUS bersedia hadapi segala kemungkinan” itulah amanat terakhir Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong kepada kontinjen atlet negara yang akan beraksi pada temasya Sukan Sea Indonesia, bulan depan.
Zolkples berharap 608 atlet daripada 38 jenis sukan yang disertai kontinjen negara pada temasya dwitahunan itu tidak mempedulikan sebarang masalah, sama ada daripada segi penganjuran, jadual perlawanan, logistik dan masalah seumpamanya.
“Saya harap ia tidak dijadikan sebagai alasan kenapa kita tidak dapat memberikan persembahan terbaik pada temasya nanti,” katanya selepas merasmikan Perhimpunan Atlet Fasa Akhir Sukan Sea Ke-26 di Putrajaya, semalam.
Beliau berkata, pelbagai kejayaan atlet negara sepanjang tahun ini antaranya Datuk Lee Chong Wei (badminton), Datuk Nicol David (skuasy) dan Jacqueline Sijore (bowling) seharusnya dijadikan rangsangan di kalangan atlet untuk memberikan persembahan terbaik mereka pada temasya kali ini.
“Ada di kalangan atlet negara sudah berpengalaman bertanding di peringkat lebih tinggi antaranya Sukan Asia dan Sukan Komanwel dan mereka patut menghasilkan persembahan terbaik.
“Masalah ini adalah masalah yang biasa berlaku dan ia patut dijadikan pengajaran oleh atlet supaya lebih bersedia.
“Sukan Sea diharap menjadi pelengkap kepada pelbagai kejayaan yang kita capai sepanjang tahun ini,” katanya.
- HARIAN METRO

No comments:
Post a Comment