KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zol- kples Embong mengingatkan kesemua atlet negara supaya sentiasa bersedia dengan pelbagai isu yang mungkin terpaksa dihadapi mereka sepanjang temasya Sukan SEA kali ke-26 di Indonesia yang bakal membuka ti- rainya 11 November ini.
Menurut Zolkples, laporan negatif media Indonesia yang meragui kemampuan negara itu selaku penganjur harus diterima secara positif oleh kesemua atlet, sekali gus bersedia dari segi mental dan fizikal.
Meskipun mengakui kontinjen negara bakal berdepan masalah seperti pengangkutan logistik, penginapan dan kawalan kese- lamatan, ia sepatutnya tidak dijadikan alasan buat atlet negara mengaku kalah sebe- lum berjuang.
"Saya akui, perkara-perkara berbangkit lantaran kewibawaan tuan rumah yang dilihat tidak bersedia, sedikit sebanyak merunsingkan atlet.
"Namun pada masa sama, saya percaya atlet negara sudah bersedia menghadapi du- gaan itu, sekali gus mengharumkan nama negara. Justeru, janganlah kita mengaku kalah sebelum berjuang," katanya semasa berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Akhir Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA di Hotel Palm Garden, IOI Resort Putrajaya semalam.
Turut hadir Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar; Ketua Kontinjen negara ke Sukan SEA Indonesia, Datuk Naim Mohamad dan timbalannya, Datuk Syed Mustaffa Syed Ali.
Kira-kira 200 atlet mula melaporkan diri semalam, dan mereka akan 'berkampung' di IOI Resort sehingga 5 November ini sebe- lum berlepas ke Indonesia.
Lebih 800 atlet dan pegawai akan mewakili negara pada temasya itu nanti.
Selain Jakarta, Indonesia juga akan meng- adakan beberapa venue pertandingan di Palembang dalam temasya yang akan berakhir pada 25 November itu.
Mengulas lanjut kata Zolkples, masalah berbangkit itu juga bukan satu masalah be- sar lantaran majoriti atlet yang mewakili negara ketika ini cukup berpengalaman mengharungi pentas lebih besar seperti te- masya Olimpik dan Sukan Komanwel.
"Saya juga telah memohon bantuan dari- pada Polis Diraja Malaysia supaya menyediakan beberapa anggota bagi membantu menjaga keselamatan atlet kita sepanjang berada di sana," katanya.
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment