Friday, November 18, 2011

Isu bendera selesai, timbul isyarat lucah pula

PALEMBANG - Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA XXVI, Datuk Syed Mustaffa Syed Ali mengesahkan bahawa isu tentang Jalur Gemilang tidak cukup jalurnya diselesaikan semalam.

Katanya, isu yang dimainkan oleh salah sebuah rangkaian televisyen Malaysia tentang Jalur Gemilang selesai selepas pihak penganjur sudah membuat perubahan dan mendapat semula bendera baru dari Jakarta.
"Saya mendapat maklumat ini semalam (kelmarin) dan telah memberitahu kepada penganjur tentang kesilapan tersebut dan hari ini (semalam) mereka telah menukarkannya dengan bendera yang betul," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.


Rangkaian televisyen swasta itu melaporkan Jalur Gemilang yang dinaikkan ketika atlet terjun negara, Yeoh Ken Nee menerima pingat emas itu mempunyai jalur yang kurang daripada 14 jalur seperti sepatutnya dan turut mendapatkan penjelasan Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Andi Mallarangeng.

"Saya sudah mendapat laporan daripada penganjur bahawa kali ini mereka sudah menyediakan bendera Malaysia yang sepatutnya dan amat menyesali kesilapan tersebut. Saya harap perkara ini tidak berulang lagi.
"Semalam ketika saya menghadiri upacara penyampaian pingat dalam acara billiard saya juga menyedari kesilapan tersebut dan selepas ini saya berharap ia tidak lagi menjadi satu isu yang besar," katanya.

Dalam pada itu kekecohan antara media Malaysia terus berlaku di Pusat Akuatik Jakabaring pada hari terakhir acara renang semalam, kali ini mereka bukan sahaja tidak membenarkan media Malaysia masuk tetapi turut menunjukkan isyarat lucah. - Utusan

2 comments:

  1. rakyat indonesia memang tidak bertamadun..itu metaliti sebenar mereka..bendera negara orang di buat mudah..nyanyian lagu kebangsaan negara orang berkumbandang usahkan nak bangun...siap terpekik2 n terjerit2 panggil gelaran kepada negara orang..memang kuno org indon ni!

    ReplyDelete
  2. Sejak tahun 2011 sampai sekarang baru 1 komen, Malaysia stady relax tak membesarkan keadaan. Tapi indog sekarang ini sedang menyalak2 mcm anjing bendera indog terbalik. Aku rasa semua blog2 indog sedang menyalak kena sawan babi... Bodoh bangsa kuno ni...

    ReplyDelete